Isnin, 19 Ogos 2013

Shell Select Doraemon & Friends 3D Puzzle Collection




 Yeay..nk p beli..sebab saya peminat DORAEMON...

 SUMBER MYMETRO
Mereka yang berkunjung ke stesen Shell akan memperoleh patung kecil Doraemon secara eksklusif selama dua bulan bermula 1 Ogos lalu.
Promosi itu untuk mempertingkatkan pengalaman pelanggan, selain memberi ganjaran kepada mereka apabila singgah di kedai Shell terpilih.
Ketua Pemasaran Runcit Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Brunei, Christine Liew berkata, promosi itu menunjukkan komitmen Shell kepada pelanggan untuk menikmati ganjaran atas soko­ngan mereka.
Menurutnya, pihaknya menekankan aspek kepuasan dan sentiasa berusaha memberi kemudahan kepada pelanggan.


“Dalam promosi ini, kami menawarkan lapan watak kartun yang comel membabit­kan Doraemon, Nobita, Gian, Suneo, Dorami, Shizuka dan Genzo Doraemon dengan harga RM8.90.


“Watak kartun ini memberi pengalaman menyeronokkan, malah pelanggan berpeluang bertukar-tukar untuk melengkapkan koleksi Doraemon ketika Acara Doreamon Shell Eksklusif,” katanya dalam ke­nyataan media, baru-baru ini.

Selain itu, pelanggan boleh memberi set pembesar suara Doraemon edisi terhad dengan harga RM49 dan memperoleh 100 mata ganjaran Bonuslink.

Menariknya, setiap watak kartun disimpan dalam kotak misteri dan pelanggan hanya mengetahuinya selepas membukanya.

Bagi melengkapkan koleksi itu, mereka boleh menyertai Acara Doraemon Shell Eksklusif untuk menukar watak kartun yang diidamkan, selain berpeluang menerokai melalui Pintu Ajaib serta Warung Dorayaki.

Untuk maklumat lanjut promosi itu, layari www.shell.com.my.

Tiada ulasan:

Label

aeon (1) AF2013 (1) Airasia (1) anak (3) April (4) Available (5) baby (1) berita (1) Big Bad Wolf (1) BIRTHDAY (2) Boy (1) Cenderahati (2) contest (7) Doraemon (5) drypers (2) Fadhilat (1) famly (2) GA (12) Girl (1) Hari raya (3) Jom derma (1) Jun (1) kakak (1) kursus (1) Mc D (1) Mei (1) menang (4) MH370 (1) mood (1) Mydeal (3) newborn (2) Peserta GA (2) pregnent (1) Promo (30) ramadhan (2) Redeem (2) resepi (1) sale (3) sample (3) selamat hari bapa (1) Story (1) Streetdeal (1) Sukan (2) Susu (2) t.q (1) voucher (5) Wayang (1)