Rabu, 16 Mac 2011

Siapa DORAEMON

  • Doraemon (ドラえもん)
Doraemon merupakan seekor kucing robot, yang menjadi pembimbing dan pembantu Nobita. Dia dihantar ke zaman sekarang oleh keturunan Nobita pada abad ke-22, Sewashi. Doraemon dihasilkan oleh kilang robot pada 3 September 2112. Doraemon asalnya bertelinga tetapi kedua-dua telinganya dimusnahkan oleh tikus robot sewaktu di abad ke-22. Akibatnya, Doraemon menghadapi ketakutan yang mendalam terhadap tikus, meskipun berupa kucing robot. Makanan kegemaran Doraemon ialah dorayaki, sejenis manisan Jepun berbentuk bulatan leper. Ramai yang menganggap dorayaki sebagai asal-usul nama Doraemon. Bagaimanapun, adalah diketahui daripada satu jilid manga bahawa namanya berasal daripada perkataan Jepun bagi "kucing liar", dora neko, dan bahagian emon yang merupakan sebahagian nama Jepun zaman silam, seperti yang dilihat pada nama Horiemon. Wajah Doraemon berbentuk kebulatan di seluruh badannya, termasuk kepala, tangan dan kaki putih, ekor merah serta tubuhnya. Berat badannya 129.3kg dan ketinggiannya 129.3cm. Doraemon mempunyai suatu poket 4-dimensi, di mana Doraemon selalu mengeluarkan pelbagai peralatan masa depan untuk membantu Nobita.

Tiada ulasan:

Label

aeon (1) AF2013 (1) Airasia (1) anak (3) April (4) Available (5) baby (1) berita (1) Big Bad Wolf (1) BIRTHDAY (2) Boy (1) Cenderahati (2) contest (7) Doraemon (5) drypers (2) Fadhilat (1) famly (2) GA (12) Girl (1) Hari raya (3) Jom derma (1) Jun (1) kakak (1) kursus (1) Mc D (1) Mei (1) menang (4) MH370 (1) mood (1) Mydeal (3) newborn (2) Peserta GA (2) pregnent (1) Promo (30) ramadhan (2) Redeem (2) resepi (1) sale (3) sample (3) selamat hari bapa (1) Story (1) Streetdeal (1) Sukan (2) Susu (2) t.q (1) voucher (5) Wayang (1)